Thursday, May 27, 2010

lakaran kehidupan~~


Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan
Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya

Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya

0 comments:

Post a Comment